"MENUJU ERA GEMILANG"
Kami megah di sini
Sekolah yang dicintai
Belajar sesungguh hati
Berjaya dan berbakti
Sekolah Mengengah UDA
Menjunjung budaya cemerlang
Mengangkat martabat bangsa
Menuju era gemilang
Demi ilmu berguna
Kami pandukan tenaga
Hati dan juga minda
Tercapai cita-cita
Didikan guru sejati
Akhlak ilmu diberi
Harapan dan aspirasi
Janjikan kita tepati
Kami sungguh berbangga
Mengamal cogan katanya
Berilmu, Berwibawa, Berbakti
Untuk masa dan bangsa
Selamat Datang Ke Blog Kami!
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengunjungi blog Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA. Di harap agar anda dapat mengetahui dengan lebih dekat tentang Sekolah kami dan juga berseronok semasa mengunjungi blog ini. Sekali Lagi, kami ingin megucapkan ribuan terima kasih.
Ahad, 25 Januari 2009
Latar Belakang Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan mula menerima kemasukan pelajar bagi sesi persekolahan pada 30 november 1994. Seramai 384 orang pelajar tingkatan 1 serta 166 orang pelajar tingkatan 2 telah mendaftarkan diri di sekolah campuran ini.Disebabkan bangunan sekolah yang belum siap, segala pengurusan sekolah telah diadakan secara menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara.Sehinggalah pada 17 April 1995,Pengurusan sekolah di jalankan di bangunan baru(di SMKBBU)setelah di perstujui oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru yang hanya blok Amanah dan blok Bakti sahaja yang dibenarkan untuk digunakan.Semua pengajaran matapelajaran aliran seperti sains dan kemahiran hidup hanya diadakan di kelas sahaja,memandangkan makmal Sains serta bengkel Kemahiran Hidup yang sedang berada dalam pembinaan.
Sk Kompleks UDA dan SK Bandar Uda (2) merupakan dua sekolah saluran (Feeder School) utama.Kawasan kediaman para pelajar adalah rata-rata tinggal di Bandar Baru UDA (BBU), Taman Skudai Kanan, Kampung Skudai Kiri, Kampung Muafakat da Kempas.Latar Belakang status sosio-ekonomi keluarga para pelajar SMKBBU adalah berbeza-beza.
Sk Kompleks UDA dan SK Bandar Uda (2) merupakan dua sekolah saluran (Feeder School) utama.Kawasan kediaman para pelajar adalah rata-rata tinggal di Bandar Baru UDA (BBU), Taman Skudai Kanan, Kampung Skudai Kiri, Kampung Muafakat da Kempas.Latar Belakang status sosio-ekonomi keluarga para pelajar SMKBBU adalah berbeza-beza.
Logo Sekolah
HURUF SMKBBU :
Singkatan nama penuh sekolah :
"SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU UDA"
LAMBANG :
* GEAR DAN ATOM
Melambangkan sekolah mengikut perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi
* BUKU TERBUKA
Melambangkan betapa pentingnya menutut ilmu untuk sesuatu kemajuan dan sokolah sebagai sumber pengetuahan.
* LIMA GELUNG BERANGKAI
Lambang ketermpilan sekolah dalam arena sukan dan lambang perpaduan erat di antara anggota-anggota sekolah dan juga sekolah dalam masyarakat.
* MERCU SEGI TIGA KUNING
Melambangkan segala aktiviti yang dijalankan di sekolah ini adalah menuju ke satu arah iaitu kecemerlangan pendidikan secara menyeluruh.
* HUJUNG PITA DI SEBELAH KANAN DAN KIRI
Gambaran sepanjang tangan simbol kepada setiap anggota sekolah ini menjunjung martabat sekolah berdoa demi kejayaan dan kecemerlangan yang berterusan.
WARNA LENCANA :
* WARNA PUTIH
Melambangakan kesucian dan kebersihan
* WARNA HIJAU
Lambang keIslaman dan nilai-nilai murni sejagat serta lambang kecergasan diri, fizikal, mental dan jasmani.
* WARNA MERAH
Lambang keberanian, kesungguhan dan kegigihan
* WARNA KUNING
Melambangkan keluruhan dan ketaatan
Visi Dan Misi Sekolah
VISI SEKOLAH
"Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA Berwatak Dan Gemilang Menjelang 2012"
MISI SEKOLAH
Kami warga SMKBBU akan memastikan
1. Kurikulum dan kokurikulum mantap dan hebat
2. Sasiah dan disiplin terpuji
3. Suasana sekolah yang kondusif
4. Pengurusan dan pentadbiran yang efisien,tulus dan telus
5. Hubungan komuniti yang mesra
Pencapaian Kokurikulum
National Cheerleaders Competition 2008 - Stadium Bukit Jalil
Kelab Cheerlader SMKBBU telah memenangi Pertandingan Cheerleader Nationals yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 hingga 13 Julai 2008.Kelab ini dibimbing oleh seorang guru, Puan Suryani bt Sulaimin dan Pengerusi kelab,Iffa Izzati bt Azahan.Di samping itu mereka telah mendapat naib juara dalam pertandingan Cheerleader Nationals di Stadium Putra Bukit Jalil .
Kelab Cheerlader SMKBBU telah memenangi Pertandingan Cheerleader Nationals yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 hingga 13 Julai 2008.Kelab ini dibimbing oleh seorang guru, Puan Suryani bt Sulaimin dan Pengerusi kelab,Iffa Izzati bt Azahan.Di samping itu mereka telah mendapat naib juara dalam pertandingan Cheerleader Nationals di Stadium Putra Bukit Jalil .
Motivasi Diri Anda
Assalamualaikum kepada pelajar-pelajar SMKBBU dan kepada pengunjung blog ini..
Learning without thinking is useless
Thinking without learning is dangerous
- Confucius
Benar sekali kata-kata Confucius itu.
Bahawa belajar tanpa berfikir adalah sia-sia, berfikir tanpa belajar adalah merbahaya!
Dua dimensi yang sama buruk ini harus kita renungkan bersama. Mungkin ia menjawab beberapa teka teki yang menghantui fikiran saya, tatkala hampir saban hari menerima soalan-soalan dari pembaca yang menunjukkan bahawa pembelajarannya tiada disertai dengan proses berfikir!
Amat lurus bendul fikirannya menadah maklumat hingga tahunya yang banyak itu, tidak berhasil membantu diri menjawab soalan kehidupan, di luar kertas peperiksaan.
Belajar tanpa berfikir adalah suatu kesia-siaan. Justeru tiada faedah pelajar lulus peperiksaan tetapi tidak menyertai latihan berfikir di sepanjang pembelajaran itu. Beliau lulus dengan hafalan, bukan dengan kefahaman. Tanda kelulusan dengan hafalan dan bukan kefahaman, ialah apabila hafalannya tidak dapat menguruskan realiti. Tafsirannya di awangan, terjemahannya berterbangan. Ideanya sangat tekstual, hingga teks berpisah dari konteks.
“Agama tidak tertegak dengan logik akal”, tegasnya.
“Agama juga tidak tertegak dengan membunuh akal”, itu jawabnya.
Lalu agama dibentangkan secara yang sungguh tidak masuk akal, demi memenangkan teks yang tidak diprosesnya melalui disiplin fikir.
Muktazilah yang meletakkan akal mengatasi naqal (nas periwayatan), telah diuruskan nasib mereka oleh sejarah. Tetapi membuang Muktazilah, tidak harus sampai membuang akal. Proses berfikir harus diteruskan, kerana tanpa berfikir, taqlid jadi parah, perjuangan membunuh taqlid juga menghasilkan taqlid yang kedua.
Terimalah teguran-teguran Allah, kepada manusia yang enggan berfikir. Hakikatnya kemalasan berfikir adalah suatu dosa.
BERFIKIR TANPA BELAJAR
Berfikir menggerakkan diri mencari kebenaran, mengenal pasti kebaikan. Justeru berfikir mesti segera bertemu bekal, agar jangan sudahnya bebal.
Banyak sungguh soalan yang mahu ditanya. Tetapi sedikit sekali usaha untuk menjawabnya.
Bersoal jawab adalah proses belajar yang penting. Tetapi tasawwur sukar dibina hanya dengan soal jawab. Bertanya kepada google.com atau Ustaz Haji Google.Com, kedua-duanya akan membekalkan kita dengan jawapan, tetapi tidak membantu membina gambaran.
Kita menyoal dan bertanya…
“Kenapa Islam menegah homoseksualiti? Sedangkan 1/10 penguin adalah gay!”, tanya satu soalan.
“Kenapa Allah berkata bahawa bumi dicipta selama enam hari sedangkan Sains membuktikan sebaliknya?”, tanya soalan kedua.
Soalan ini boleh berterusan dan tidak berkesudahan. Tetapi memperolehi jawapan secara pasang siap, tanpa diketahui proses untuk menghasilkan jawapan itu, akan menyebabkan soalan yang dijawab bersambung dengan soalan yang seterusnya. Dan selepas siri soalan itu terjawab, banyak soalan sudah selesai tetapi lebih banyak lagi soalan lain yang datang.
Ia adalah kepingan-kepingan puzzle yang tidak bercantum.
Justeru orang yang banyak bertanya, kerana banyak berfikir, harus banyak belajar. Belajar dalam erti kata bukan setakat bergantung kepada jawapan hasil soalan, tetapi harus belajar mengenal proses menghasilkan jawapan itu.
Misalnya, sebutan 6 hari, adalah sebutan yang bergantung kepada terjemahan al-Quran. Sedangkan di dalam bahasa asal al-Quran, sebutannya ialah sittah ayyaam. Perkataan ayyaam di dalam Bahasa Arab, tidak terikat hanya kepada apa yang diterjemahkan sebagai HARI iaitu himpunan satu unit masa yang terbentuk dari 24 jam. Kalimah ayyaam boleh diertikan sebagai peringkat atau marhalah… justeru keterangan al-Quran tentang cara Allah mencipta bumi, tidak harus difahami dengan hanya bergantung kepada terjemahan, sebaliknya harus kembali kepada Bahasa Arab.
Adakah sittah ayyam itu enam hari, enam marhalah (stages) atau enam apa?
Sudikah anda belajar Bahasa Arab?
Kata Confucius, “berfikir tanpa belajar itu merbahaya”. Merbahayanya ia adalah pada terjun ke laut tanpa pelampung, berenang di lautan tanpa diketahui pantainya. Selepas segala maklumat diperolehi dari capaian internet di hujung jari, apa yang terus menjadi beban ke atas golongan ini, adalah kegagalannya melihat rupa bentuk agama.
Mana hujung, mana pangkalnya.
Mana pintu, mana tingkapnya.
Menyoal pelbagai isu tentang al-Quran tetapi tiada kesudian untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan asas untuk berinteraksi dengan al-Quran. Bahasa Arabnya, asbab al-nuzul, ghara’ib lafaznya, nasakh mansukhnya, sudikah manusia yang banyak berfikir ini belajar?
Atau banyak berfikir dan banyak bertanya, tetapi apa yang diinginkan hanya keputusan akhir semata. Boleh atau tidak, halal atau haram… tetapi enggan berusaha memahami prosesnya.
Pelajar bukan pemikir sia-sia.
Pemikir bukan pelajar merbahaya.
-abdulmuhaimin- 25/1
BERANI GAGAL : EPISOD 1>
“Di sebalik tanggapan biasa, mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya… hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya.”
Begitulah petikan yang saya ambil di kulit hadapan sebuah buku “Berani Gagal” Sebuah buku yang terlaris beberapa tahun yang lepas. Sebenarnya saya baru sahaja habis membaca buku yang setebal 403 muka surat ini. Buku ini telah dikarang oleh Billi P.S. Lim. Tentu ramai yang sudah mendapatkan buku ini betul tak?
Di dalam buku ini banyak menceritakan pengalaman yang ditempuhi oleh mereka yang berjaya dan di sebalik kejayaan yang telah mereka kecapi, banyak kegagalan dan pengalaman buruk yang mereka tempuhi. Renungi kata-kata berikut :
” Apa yang orang nampak dari kejayaan saya hanyalah 1% daripadanya, tetapi apa yang mereka tidak nampak adalah 99% iaitu kegagalan-kegagalan saya ” - Soichiro Honda, Pengasas Honda Corporation.
Lama jugak masa yang saya ambil untuk membaca buku yang tebal ni. Pada pendapat saya ini adalah sebuah buku yang patut anda miliki. Disebalik kejayaan mereka yang berjaya terdapat 1001 rahsia yang telah mereka tempuhi. Buku ini juga bukan sahaja menceritakan bidang perniagaan sahaja malah banyak bidang lain seperti politik, sains dan teknologi, keusahawanan dan lain-lain lagi. Pernahkah anda melihat kertas pelekat seperti POST-3M?
Salah satu artikel yang menarik di dalam buku ini adalah mengenai sebuah produk yang gagal. Pada asalnya Syarikat 3M ingin menghasilkan sejenis gam. Gam yang telah dihasilkan gagal melepasi semua ujian piawaiannya kerana gam yang dicipta itu tidak mampu melekat dengan baik.
Pada tahun 1984 syarikat 3M telah menghasilkan produk baru yang dikenali sebagai Post-It. Kertas pelekat ini merupakan produk syarikat 3M yang paling berjaya dalam industri bekalan pejabat. Kertas pelekat ini adalah hasil daripada inovasi formula gam yang gagal sejak lebih 20 tahun dahulu.
Banyak lagi kisah-kisah menarik yang terdapat di dalam buku ini. Untuk maklumat lanjut mengenai buku BERANI GAGAL sila ke daretofail.com Anda juga boleh membaca artikel yang berkaitan melalui blog Dr. Irfan Khairi.
Dah baca buku ni? Bagi pendapat sikit?
-abdulmuhaimin- 26/1
Langgan:
Catatan (Atom)